Beringatlah.. Renungan bersama.

0 comments
1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)........ Kalong

....... T E T A P I...

KITA JUGA LUPA SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...


SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100..00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .


Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

.......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.

p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Read more »

Siapakah yang layak menjadi Imam

0 comments
~ Yang Layak Menjadi Imam ~
------------------------------​-----
"Jemaah diimami oleh orang yang lebih pandai kitabullah (Al-Quran). Jika sama-sama pandai membaca kitabullah, maka dahulukan orang yang lebih mengetahui tentang sunnah. Bila sama-sama juga tingkat pengetahuannya dalam hal sunnah, dahulukan yang ikut hijrah. Dan jika sama-sama ikut hijrah, maka dahulukan yang lebih tua." (HR. Muslim)..
Read more »

Renungan Di Bulan Ramadhan I

0 comments
Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".
Read more »

Ucapan Ramadhan

0 comments
Selamat Menunaikan Rukun Islam Yang KeTiga. Selamat Berpuasa.
Read more »

Filem2 Yang Wajib Tonton "Akan Datang"

0 comments
Jom Wayang !!! Kite tonton beramai-ramai. ^^

Raya Tak Jadi



Bini Biniku Gangster



Read more »

kalau lah mereka brfikiran begini..

1 comments

Pakcik ni berbicara soal sejarah dan reaksi beliau perihal Perhimpunan BERSIH 2.0 semalam. Pakcik macam ni pun tahu berfikir, inikan pula kita yang berpelajaran tinggi.. Tolak tepi imej dia, dengar apa yang kita kata.. Kita berilmu, kita tahu bezakan...
Read more »

Muhasabah Diri.

0 comments

Begitu menyentuh perasaan.
Read more »

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Wanita ke Neraka

2 comments
Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....
Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......
Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....
jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....
Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak ......
Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ...

Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....." 
 
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......
Read more »

Pedang Titanium : Pedang Paling Tajam Di Dunia

0 comments

Pedang Titanium - Pedang Paling Tajam Di Dunia...


Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati.

Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak. Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu.

Mengapakah Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi.

Yahudi memang suka melawan takdir. Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal ) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih ( Nabi Isa a.s ) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal ) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?

Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir.

Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.

Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.

Ulasan...

Pedang Titanium (kenapa Yahudi menempah begitu banyak pedang ini??) Kenapa mereka sebok menanam pohon Gharkat?? Sedangkan Yahudi telah memiliki senjata paling canggih di dunia...Mereka memiliki kapalterbang pejuang tanpa pemandu, kenapa perlu takut?? Sebabnya mereka ini keturunan ahli kitab (Taurat) Tentunya pastor-pastor mereka melihat hadis-hadis dalam ajaran Islam terutamanya apa yang berkaitan dengan kehidupan akhir zaman. Dan apa yang akan menimpa kepada bangsa mereka YAHUDI cuma sekarang ini banyak pula orang islam yang tidak meyakini hadis Nabi saw yang penting mereka meletakkan rasional akal sebagai makam yang tertinggi bukannya Quran Hadis.


Wallahuaklam...
Read more »

Demonstrasi BERSIH 2.0 - UFB - Hukum Berjuang Di Belakang AMBIGA

0 comments

#BOSAN yang teramat. So, searching sana sini dan terjumpa pula video ini di dalam salah satu group di Facebook.

Mari sama-sama kita mendengar dan mempelajari ilmu-ilmu tentang Islam. Semoga dengan video ini dapat memperjelaskan lagi kepada kita semua.
Read more »

6 Wanita Haram Di Nikahi

2 comments


Terdapat beberapa jenis wanita yang dilarang untuk seseorang melamarnya iaitu:

1. Perempuan yang menjadi mahram kepada si lelaki seperti kakaknya, ibunya dan lain-lain.
2. Perempuan dara yang sudah dilamar orang.
3. Perempuan janda yang masih berada dalam tempoh iddahnya.
4. Perempuan yang sudah bernikah dan suaminya masih hidup.
5. Perempuan yang sudah ditalak tiga. Perempuan ini haram dilamar kembali oleh suaminya yang menjatuhkan talak tiga kecuali setelah diceraikan oleh suaminya yang kedua dan tamat tempoh iddah.
6. Perempuan yang mempunyai pertalian darah dengan isterinya (masih hidup dan belum bercerai) seperti kakak ipar, adik ipar dan lain-lain.

Seseorang lelaki yang memiliki 4 orang isteri (poligami) diharamkan untuk melamar perempuan lain kerana lelaki hanya dibenarkan bernikah 4 sahaja pada satu-satu masa.)
Read more »

Cium Anak Dapat Pahala

0 comments

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam


Read more »

#BOSAN - missing you..

0 comments
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


#BOSAN melanda diri... kenapa bosan? Sebab selalunya wall facebook saya akan diceriakan oleh orang yang bernama "Memel Hanna" (nama manje) dan adik angkat saya "Fara Nadia". 


Now, masing2 sudah busy dengan urusan masing2.


Memel sudah sibuk dengan persediaan exam yang akan menjelang tidak lama lagi. I WISH GOOD LUCK TO YOU MEL..!


Nadia pula busy dengan ape pon tak tahu la. Maybe sibuk dengan update blog dan prepare untuk memulakan semester baru kowt. GOOD LUCK TO YOU TOO ADIK..! Mulakan semester baru dengan lebih bersemangat yawww.. ^^


Selalunya wall facebook ku dipenuhi dengan gurau senda dan gelak tawa dua insan ni, tapi sekarang, wall facebook ku akan lengang/sunyi/sepi tanpa mereka. I MISS BOTH OF YOU DAMN MUCH !!! IM di facebook juga dah sunyi tanpa mereka. 


LOVE YOU <3
Setiap kali Log In Facebook, 4 nama di atas tu je la yang sentiasa dinantikan ONLINE. Agak2, bila la u all dapat online lagi sama2 erk.. 


Se"BUSY" mane pon Mel dgn Nadia, hope tak lupakan sy okeyy.. Insya'Allah, ada rezeki nanti, kite hangout sama2 yeww.. ;)
Read more »

Rahsia Di Sebalik Tujuh Ayat Surah Al-Fatihah

0 comments
Subhanallah. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Hebat dan Maha Bijaksana.

Surah al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan mim dan ada ayat yang akhirnya dengan nun. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan.
Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu
Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat al- Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan
Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a.) Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b.) Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c.) Kedua-dua lutut
d.) Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, Hidupku dan matiku adalah untuk Allah. Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga
Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi. Di langit ada macam-macam makhluk Allah yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.
Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.
Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Allah dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Allah. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Allah kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.
Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) . Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:i. Nafsu ammarahii. Nafsu lawwamahiii. Nafsu mulhamahiv. Nafsu mutmainnahv. Nafsu radhiahvi. Nafsu mardhiahvii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Allah. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat . Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Surah Fatihah Dibaca Dlm Setiap Solat
Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Al-Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu Surah Yang Dapat Kemenangan daripada menamakan ia Surah Pembukaan.

Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain.
Allah swt sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim yang telah mendapat kemenangan. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.
Read more »

Renungan..

0 comments
السلام عليكم ورحمةالله وبركاته


☑ Yang Singkat Itu "WAKTU".
☑ Yang Menipu Itu "DUNIA".
☑ Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
☑ Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
☑ Yang Berat Itu "AMANAH"
☑ Yang Sulit Itu "IKHLAS".
☑ Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
☑ Yang Susah Itu "SABAR".
☑ Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".
☑ Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH".
☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".
☑ Yang Berharga Itu "IMAN".
☑ Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".
☑ Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT".
Read more »

Kenapa perempuan suka menangis ?

0 comments
Kenapa wanita suka menangis??

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
..."Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki
dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya 
"tempat dimana cinta itu ada."
Read more »

Blog Baru

0 comments
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum. 


Hiii.. Untuk pengetahuan semu, blog ini adalah blog baru saya.
Buat pengetahuan semua, blog-blog lama saya telah pun saya tutup kerana tiada masa untuk update dan sebagainya.

Blog ini hanya akan saya update jika saya mempunyai masa lapang.


Sekian,
Terima kasih.

Read more »
 

Copyright © 2011 • kosong + zero + empty = $me • Design by Angah Fizi