6 Wanita Haram Di Nikahi



Terdapat beberapa jenis wanita yang dilarang untuk seseorang melamarnya iaitu:

1. Perempuan yang menjadi mahram kepada si lelaki seperti kakaknya, ibunya dan lain-lain.
2. Perempuan dara yang sudah dilamar orang.
3. Perempuan janda yang masih berada dalam tempoh iddahnya.
4. Perempuan yang sudah bernikah dan suaminya masih hidup.
5. Perempuan yang sudah ditalak tiga. Perempuan ini haram dilamar kembali oleh suaminya yang menjatuhkan talak tiga kecuali setelah diceraikan oleh suaminya yang kedua dan tamat tempoh iddah.
6. Perempuan yang mempunyai pertalian darah dengan isterinya (masih hidup dan belum bercerai) seperti kakak ipar, adik ipar dan lain-lain.

Seseorang lelaki yang memiliki 4 orang isteri (poligami) diharamkan untuk melamar perempuan lain kerana lelaki hanya dibenarkan bernikah 4 sahaja pada satu-satu masa.)

2 comments:

{ atoks melaka!!! } at: July 5, 2011 at 1:49 AM said...

klau laki yg dh ade bini 4 tu blh kawen lg...
tp kena buang 1 la bini dia...
pastu baru blh usha yg baru..
hehehhee..

{ Angah Fizi } at: July 6, 2011 at 4:12 PM said...

hahaa.. ko ingat ape? main pakai2 buang je. :3

haizzz.. jangan ikutkan nafsu. :)

 

Copyright © 2011 • kosong + zero + empty = $me • Design by Angah Fizi